Aku la tu yg sakit jiwa. Aku buat conclusion nie sebab mmg jiwa aku sakit, sampaikan Abang dah berdengkur lena pun aku masih mengetuk keyboard.
Aku ada seorg MA. Dia mmg b**** piang. Aku tak rasa aku biased sebab ramai-ramai staff aku, aku takde la obvious favouritism pada mana-mana staff pun. Yg mana aku nampak rajin, aku hargai. Yang mana aku nampak cuai buat kerja aku akan tegur.
Aku perfectionist. At least aku rasa kita kena ada 'pride' dalam kerja kita. Biarlah kita nie tukang buat rumah mahupun tukang buat kuih sekalipun. Kalau kita tukang buat rumah, biar lah dinding rumah yang kita buat tu nampak macam dibuat dgn tangan dan mata yang celik dan bukannya macam 'buat dgn punggung' - nie Abang yang kata. Dia kata buat ngan kaki pun mungkin nampak cantik. so kalau tak cantik tu mungkin dia buat dgn punggung kot. Kalau buat kuih, biarlah kuih tu boleh dimakan. Jangan sebab org lain buat kuih, awak yg takde bakat buat kuih pun nak buat jugak; bila org makan kuih awak, habis disumpah seranah sebab takde rasa kuih.
Aku paling benci kalau org buat kerja dgn objektif hanya untuk completekan kerja dia. Contohnya, tugas Abu adalah menjahit 100 pasang baju. Kalau Abu org yang takde rasa tanggungjawab, dia boleh jahit 100 pasang baju, tapi mungkin jahitan dia senget atau jahitan dia tak kemas dan sebagainya. Tapi kalau Abu adalah seorg pekerja yang ada 'pride' dlm kerja dia, dia akan pastikan kesemua 100 pasang baju dia dijahit kemas serta cermat. dan Abu merasa bangga kerana telah melakukan kerjanya dgn sempurna.
MA aku yang b**** piang nie mmg tak makan saman. Berkali-kali aku perhati mutu kerja dia yang ntah apa-apa. Sudahlah doktor dah start ubat untuk pesakit, nak harapkan dia sambung ubat dgn betul pun tak boleh. Pandai-pandai dia nak tukar dos ubat. Bila pesakit darah tinggi, bacaan tekanan darah setinggi Menara KL pun masih 'cont same' - apa kejadahnya tu? Bila bacaan gula dlm darah pesakit tinggi pun masih 'cont same'. Kau belajar apa kat sekolah MA kau tu?
Seminggu nie aku mulakan sistem baru di klinik. Sebelum nie, ibu-ibu mengandung terpaksa beratur menunggu giliran di bahagian pesakit luar. Kebanyakan dari mereka mengeluh panjang terpaksa menunggu lama. Aku cuba nak ubah sistem itu dan aku syorkan klinik ibu mengandung aku dibuat di klinik ibu dan anak. Sementara aku nak 'iron out the glitches', aku minta kes pesakit luar dibincang dgn aku dulu. Tapi MA aku yang b**** piang nie sorang je yang rasa dia lebih bagus and pakai hantar saja pesakit.
Sedangkan aku nak rujuk kes ke boss aku pun aku bawak sendiri berjumpa boss sebab aku pun nak belajar juga 'manage' kes yang pelik2 nie. Tapi MA b**** piang aku nie rasa dia lebih hebat kot yang dia tak leh nak jumpa aku dan tanya cara nak merawat pesakit dia.
Bila aku marah, biasanya aku ada dua tahap. Tahap satu bila mulut laser aku start bekerja. Tahap nie aku biasanya akan kadang-kadang mengeluarkan perkataan-perkataan yang mungkin aku kesali kemudian. Tapi sebenarnya tahap nie aku takde la marah sangat sebenarnya. Boleh lagi buat lawak and cepat cool down. Tapi tahap kedua lagi teruk. Tahap kedua nie bila aku betul-betul marah sampai aku tak mau cakap apa-apa. Aku akan mendidih perlahan-lahan, memikirkan tentang betapa sedapnya kalau aku dapat pulangkan balik paku buah keras aku. 'Hit it where it really hurts'. Hari ini aku marah sakan sampai dah mencecah tahap kedua. Aku terima je semua referral si b**** piang nie sebab aku dah tak kisah dia nak buat apa. Sebab makin aku lawan, aku pulak yang sakit hati. So, why bother? He will always be an MA. Paling tinggi pun kau cuma akan jadi MA Kanan. I will always make more money than you and will always be your superior. And kau ingat la, sekarang kau kurang ajar dengan aku. Hujung tahun nie aku yang isi borang penilaian kau, walaupun cuma sebagai penilai kedua, markah kau adalah purata markah dua org penilai.
Now I sound like an egotistical, power crazy boss. Menyalahgunakan pangkat aku.
Tapi sorry la...aku tau aku betul. Org jenis apa yang keluar dari rumah pukul 7.45 pagi, gi punch card dulu then gi makan breakfast dulu, and pukul 8.30 baru nak hantar bini ke tempat kerja? Lepas tu, pukul 10 kau keluar makan lagi?
Memang kau tgk patient cepat. Tapi apa gunanya kalau ubat yang kau bagi tu tak ubah macam makan angin? Takde kesan apa-apa pun pada pesakit?
Abang kata sejak aku kerja di sini aku selalu balik rumah marah-marah and bad mood. Dulu aku kerja di hospital, ada on call pun aku jarang-jarang meroyan macam nie. Obviously, I really need to get back to a hospital.....
No comments:
Post a Comment